Adik Khairul Fahmi @ Apex Meninggal Dunia

Adik Khairul Fahmi @ Apex Meninggal Dunia
Hari ini pasti merupakan hari paling sedih buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex apabila adik kesayangannya, Mohd Amirul Izzat Che Mat yang baru berusia 16 tahun meninggal dunia akibat demam denggi kira-kira pukul 11.15 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari dimasukkan ke Wad 2, Delima, HUSM.
Mohd Amirul Izzat sebelum itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 2 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab
“Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta.
“Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai,” kata Khairul Fahmi yang akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Sukan Olimpik Rabu ini.
Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang penuh warna buat penjaga gawang terbaik negara ini.
Di satu sudut, Apex dipuja jutaan peminat bolasepak tempatan kerana kehebatannya beraksi untuk pasukan kebangsaan hingga membolehkan negara mencapai banyak kejayaan besar termasuk yang terbaru kejayaan merangkul pingat emas Sukan SEA.
Di satu sudut lagi, kehidupan peribadinya mula diperkatakan khususnya setelah beliau mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya.
Di media massa khususnya di internet, Apex diserang dengan pelbagai gossip terutamanya bila tersebar gambar-gambar beliau bersama gadis-gadis cantik sehingga membuatkan penjaga gol ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara awal daripada sukan bola sepak kerana terlalu kecewa dengan apa yang berlaku.
Dan yang terbaru, kisah sedih pemergian ke rahmatullah adiknya pagi ini.
Semoga Apex tabah dalam mengharungi badai dan cabaran yang pastinya menguji kesabaran serta keimanan beliau.
Bagi pihak Mynewshub.my, kami mengucapkan takziah kepada keluarga Apex…semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.
Al-Fatihah...
*GAMBAR: Apex (kiri) dan ayahnya, Che Mat Hussin, 58 (kanan) di  di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab.
Credit to > MyNewsHub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan