Sudah bertahun-tahun lamanya menjalin persahabatan dengan si dia. Sejak kecil lagi kalian bermain dan belajar bersama. Ke mana-mana sahaja sentiasa berdua, tak boleh berenggang langsung. Tiba-tiba BFF semakin lama semakin menjauhi. Kenapa erk ?
Argh..tidak ! Ini tak boleh jadi nie, cepat cari jalan macam mana nak kembalikan ‘kehangatan’ persahabatan you all seperti dulu. Hah, usah khuatir sebab Yana ada sediakan tips bagaimana nak kekalkan persahabatan you all agar bertahan dengan lebih lama.
1. Be their secret admirer Sekali-sekala memberi pujian kepada kengkawan kerana fesyennya yang menarik atau kepandaiannya tidak mengapa. Tapi janganlah terlalu kerap memberikan pujian, nanti ‘naik lemak’ pula. You all boleh bercerita atau memuji tentangnya dia di depan kengkawan yang lain. |
2. Don’t be a backstabber Seorang rakan kelas you all menceritakan perihal yang tidak elok tentang BFF you all tu. Sehinggakan kengkawan lain memusuhi BFF you all tu. Time nielah nak you all bertindak sebagai true best friend. Kalau benar you all sayangkan BFF, bersihkanlah namanya. Kalau memang betul BFF you all melakukan kesalahan, you all perlu berterus-terang dengannya. Mungkin dengan cara itu dia boleh perbaiki sikapnya. |
3. Forgive and forget Setiap manusia dilahirkan tidak sempurna. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Sebagai kawan yang setia, sudah tentu you all sudah masak dengan perangainya. Setiap kali you all tidak puas hati dengan tingkah lakunya, ada baiknya dibawa berbincang. Jangan disebabkan geram dengan kelakuan buruknya, you all memalukan dia di depan kengkawan lain dengan menceritakan keburukannya. Jangan terkejut kalau dia sendiri buat tak tahu dengan you all nanti. Terus putus kawan akibat diri sendiri tak tahu menjaga perasaannya. |
4. Be a good listener Masing-masing mempunyai masalah tersendiri. Mungkin hari ni BFF menghadapi situasi yang terlalu tertekan, jadi inilah masanya you all menjadi pendengar yang setia terhadap segala masalahnya. Spend time sikit masa you all untuknya. Siapa tahu, esok mungkin hari masalah you all pula dan dia akan melakukan perkara yang sama juga. |
5. Give her space You all berdua diibaratkan kembar tapi tak seiraslah. Bak kata orang, macam belangkas ke mana sahaja berdua. Tapi, itu tak bermakna you all perlu menyekat aktiviti atau kegemarannya. Kalau dah bercanggah kemahuan, biarkanlah dia lakukan apa saja yang dia suka. Begitu juga dengan you all. Memberikan pendapat itu tak salah tapi tidak perlu sehingga memaksa atau mengarah. Kalau dia tak terima, hurm..what to do. Tak payah nak besar-besarkan sesuatu isu itu, ok ! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan