Telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Sebuah telemovie baru arahan Michael Ang menggandingkan pelakon Malaysia dan Indonesia bakal mendapat sambutan hangat tak lama lagi. Telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang membariskan pelakon utamanya Randy Pangalila dari seberang dan Nurul Elfira Loy dari Malaysia akan ditayangkan di Astro Ria. Michael Ang juga mengarahkan telemovie Ungunya Cinta lakonan Shaarnaz dan Leez, cinta komedi ala ala Ali Setan. Memang best cite tu.
Randy Pangalila baru berusia 20 tahun pelakon yang selalu menghiasi sinetron dan menjadi kegilaan peminat di seberang dan jugak di Malaysia akan berlakon di samping Elfira, 17, dalam kisah cinta yang nampak menarik jika lihat trailer dan video promo di you tube.
Dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy memegang watak sebagai Andy, jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari cintanya, Alya (Elfira). Telemovie ini bergenre mistaken identity comedy.
Bila nak tayang cerita ni belum tau lagi sebab masih dalam pengambaran.
Para pelakon lain dalam telemovie ini ialah : Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.
video Promo dan Traile Biar Mimpi Sampai ke Bintang
Elfira ni nak iras iras macam heroin filem ada apa dengan cinta la..
Komen Elfira mengenai Randy Pangalila
“Ingatkan dia sombong pada mulanya tapi ternyata dia sebenarnya seorang peramah. Seperti kami sudah lama kenal. Saya tak nafikan betapa selesa berlakon dengannya sekalipun kami dibatasi dengan jurang bahasa dan kali pertama berlakon sama. Adik saya sendiri bertanyakan tak berdebar ke berlakon dengannya. Lebih daripada itu adik saya mengusik tak jatuh hati ke pada dia. Apatah lagi saya memang menjadi pengikut setia drama lakonannya yang disiarkan tahun lalu iaitu Cinta Kirana dan terbaru, Nada Cinta”
“Pada mulanya memang saya akui terbit rasa berdebar juga melihatnya di set penggambaran. Tapi sikap profesional dan dirinya yang tak berlagak memudahkan kerjasama terjalin. Insya-Allah, tiada aral kami akan berlakon sama lagi untuk drama Dalam Hati Ada Taman hujung tahun ini,”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan