Tips Sebelum Pulang Berhari Raya

Sebelum anda pulang ke kampung, pastikan anda melakukan tips-tips yang disarankan ini. Melalui kajian yang dibuat, didapati langkah ini sangat berkesan. Sekiranya langkah yang disarankan ini diambil, anda secara tidak langsung dapat menyelamatkan harta benda anda daripada dicuri oleh pencuri, perompak dan sebagainya. 

Langkah-langkah yang dimaksudkan ialah:

1. Pastikan 2 bulan sebelum pulang ke kampung, anda tidak memotong rumput di depan rumah anda, pastikan lalang setinggi dagu anda.

2. Letakkan bangkai-bangkai haiwan di depan rumah anda.


3. Cat rumah anda seperti balai polis.


4. Letakan di pagar rumah anda papan tanda:

✔RUMAH UTK DISEWA/DIJUAL

✔RUMAH UTK DILELONG

✔RUMAH INI TELAH DISITA

✔RUMAH INI BERHANTU

✔RUMAH MAYAT

Selamat mencuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan